untuk kali ke berapa puluh entah gua makan meatballs kat IKEA ni, tak pulak gua kira. apa gua takde kerja mau mengira itu semua ? persetankan saja.
semalam, asal lu orang tau ya gua semalam ketemu sama beshtiesh gua, si atyn geduaq. since semester break ni tak berkesempatan lagi nak berjimba secara terang terang lagi dengan dia. alaa setakat on call kat phone, apa laa sangat kan ? ahaha.
so gua berazam untuk membikin satu reunion secara kecil kecilan antara gua dengan si atyn geduaq ni. kebetulan si atyn ada benda yang harus disettlekan di Bank Islam kat Medan Mara bersebelahan Pertama Kompleks tu, dah alang alang tu berjimba sekali laa.
after settle all that, kiteorang pun berjimba secara comel comelan. pegi makan hot n roll paratha chicken cheese. siap beli tapau lagi dan makan kat mekdi Sogo. terasa macam comel comel je dating berdua dengan si atyn geduaq ni, hewhewhew.
petang tu kiteorang berjimba ke Damansara pulak, bersama sama kiteorang adalah abang and kakak gua. kiteorang pegi makan meatballs kat IKEA ! wee. thanks abang and kak eija sebab belanja kiteorang semua semalam :)
lepas makan, jenjalan sekitar IKEA and The Curve. shopping and cuci cuci mata. tanpa gua sedar semalam banyak jugak yang gua shopping. same goes tu atyn geduaq. hewhewhew. seronok sangat berjalan sampai tak perasan yang IKEA and The Curve nak tutup dah. tu pun sedar after dorang announce nak tutup kedai dah. haha.
after penat menggelabah kiteorang pun pulang. even tired gila kiteorang still enjoy ! 10 jam berjalan tanpa henti. bayangkan laa. tak tercabut kaki dan jari jemari gua. takpe apa apa pun gua happy sangat !
thanks for make gua punya day lebih ceria !
bye !





